Assalamualaikum...
Annyeonghaseyo..
Konnichiwa...
Ni hao ma....
Hari ni Sara akan buat cerita yang tetiba muncul dari kepala Sara...Ayat poyo hahaha...Cerita ni tentang bunga ros bukan pasal bunga cam tu tapi perempuankan ibaratkan macam bunga..di sebabkan Sara suka Rose so jadilah cerita ni...perempuan selalu orang sama kan dengan bunga.."Bunga bukan sekuntum , Kumbang bukan seekor"...
Annyeonghaseyo..
Konnichiwa...
Ni hao ma....
Hari ni Sara akan buat cerita yang tetiba muncul dari kepala Sara...Ayat poyo hahaha...Cerita ni tentang bunga ros bukan pasal bunga cam tu tapi perempuankan ibaratkan macam bunga..di sebabkan Sara suka Rose so jadilah cerita ni...perempuan selalu orang sama kan dengan bunga.."Bunga bukan sekuntum , Kumbang bukan seekor"...
Aku Annur Sofia. Orang panggil Sofia. Aku pasti semua orang ada cerita masing-masing. Tapi ni kisah aku..
"Sofia, malam ni keluar tengok wayang nak tak?"soal Alya.
Aku yang sedang mop lantai hanya berdiam diri. Aku tahu sangat perangai Alya yang suka menghabiskan duit kawan. Mula-mula ajak keluar lepastu buat-buat tertinggal dompet biar orang belanja dia..
"Sofia, aku tanya ni?"soal Alya lagi.
"Malam ni aku nak tidur je...Malas nak keluar."jawab aku ringkas.
"Am, jom keluar." Alya mengajak Ammar pula..
"Malam ni, aku ada hal ."balas Ammar yang sedang menyusun kerusi.
"Kenapa korang ni macam ni , huh?!"kata Alya dengan geram.
"Aku tahu sangat perangai kau. Nanti duit aku habis kene belanja kau , tanya bila nak bayar kau cakap bila dapat gaji..tapi mana buktinya kau ganti? Dah dekat RM2000 duit aku habis belanja kau." Ammar balas dengan nada selamber..
Aku perhatikan Alya macam bengang je..Alya masuk ke dapur. Aku buat tidak peduli ,malas mahu melayan sikap Alya yang selalu menyakitkan hati.
Macam tu lah hari-hari aku...Kenapa bosan sangat hidup aku? Hidup aku mula2 agak bosan tapi sejak muncul lelaki bernama Zafril ni , hidup aku jadi huru-hara dibuatnya..
Pagi tu , ada pergaduhan dalam kafe bukan gaduh tumbuk-menumbuk tapi gaduh mulut.Seorang lelaki berpakaian kasual dan seorang gadis yang cantik , tinggi lampai dan putih. Aku rasa ni mesti model. Semua orang hanya perhatikan pasangan tu , aku salah satunya. Takkan dia orang tak segan gaduh depan orang. Aku tengok Alya rakam kejadian tu guna iphone miliknya. Sedang leka aku perhatikan pergaduhan pasangan tu ,tiba-tiba mata lelaki tu pandang tepat pada aku. Hati aku mula rasa tak selesa. Aku cuba alihkan pandangan aku ke arah lain tapi aku dapat rasa ada mata yang memandang aku dari belakang. Aku cuba bergerak menuju ke dapur tetapi ada tangan yang menarik lengan aku. Bila aku toleh kebelakang ,lelaki yang sedang bergaduh dengan gadis tu tarik lengan aku.
"Ini calon isteri I ."Ayat yang keluar dari mulut lelaki tu buat aku berdebar-debar.
Gadis tu datang menghampiri aku dan cara dia pandang aku nampak aku ni macam teruk sangat.
"Hei perempuan, kau dengar sini akutakkan biarkan kau dan Zafril hidup bahagia macam yang kau nak kan tapi aku akan pastikan hidup kau macam neraka bila kau bersama Zafril."balas gadis tu dan berlalu pergi dari situ.
"Sorry , kalau saya menyusahkan awak."tiba-tiba Zafril bersuara selepas gadis tu pergi dari situ.
"Tak pe , boleh tak encik lepaskan tangan saya."kata aku sambil menunjukkan tangan aku yang masih dipegang.
"Saya minta maaf sekali lagi."kata lelaki tu lalu beredar dari situ.
Semua orang pandang aku dan aku tak tahu kenapa.Tiba-tiba Ammar bersuara...
"Maafkan kami atas kejadian tadi. Sila jamu selera."
Akhirnya aku tidak lagi jadi tumpuan pelanggan di kafe. Ammar macam biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Alya pula pandang aku tidak berkelip mata.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"soal aku pada Alya.
"Betul ke kau bakal isteri Zafril? Kau tahu tak dia tu siapa?"Alya mengajukan soalan kepada aku.
Aku hanya gelengkan kepala.
"Dia tu anak orang kaya yang terkenal kat sini. Jangan cakap kau tak kenal siapa Zafril?"
"Aku memang tak kenal pun siapa dia dan aku malas nak ambil tahu hal dia."
"Tu lah kau , aku ajak keluar malam kau tak nak kan dah ketinggalan zaman."perli Alya.
"Sambung kerja jangan bergosip.Bos bayar gaji untuk bekerja bukan untuk bergosip."Ammar datang dari belakang , Ammar pandang aku macam orang nak penampar je. Sakit pula hati aku dengan Ammar ni.
"Sofia, kau balik naik apa hari ni?" soal Alya.
"Aku balik dengan kereta mewah hari ni..Kejap lagi sampai lah kereta aku."balas aku malas.Alya macam tak tahu aku selalu balik naik bas ,saja je nak cari pasal dengan aku.
"Kau balik dengan Zafril ke?"soal Alya lagi.
"Kau ni, aku tak kenal pun siapa Zafril tu..Aku tak ada apa-apa hubungan dengan Zafril la!Dan hari ni aku balik naik bas!"geram aku dengan Alya ni. Sudah banyak kali aku cakap aku tak ada apa-apa hubungan dengan Zafril tapi masih tak percaya.
Tiba-tiba AudiR8 bewarna hitam berhenti dihadapan aku dan Alya. Pintu kereta dibuka ,Zafril yang keluar. Alya sudah tersenyum lebar dan aku dengan reaksi yang terkejut hanya Allah yang tahu.
"Jom awak, saya hantar awak balik."kata Zafril.
"Huh?"aku pelik kenapa dia cakap macam tu.?
"Awak kan bakal isteri saya."
"Huh?!" makin terkejut aku dengar apa yang keluar dari mulut Zafril.
"Sofia, bakal suami kau nak hantar kau balik tu."kata Alya.
Zafril mendekatkan kepalanya di telinga aku dan berkata...
"Nanti saya cerita pada awak..."
"Jom!" aku terus masuk ke dalam kereta milik Zafril. Alya aku tinggalkan macam tu.
Masa dalam kereta , aku diam macam anak patung.
"Saya maksudkan apa yang saya cakap."kata Zafril tiba-tiba.
Aku langsung tak faham apa yang Zafril cakap.Aku masih lagi berdiam diri.
" Apa yang saya cakap dekat kafe hari tu , saya memang maksudkan apa yang saya cakap."kata Zafril lagi supaya aku faham.
"Yang saya ni bakal isteri awak?"sambung aku lagi.
"Yup dan saya akan hantar rombongan meminang ke rumah awak."kata Zafril selamber.
"Huh?!"
"Awak ni tak ada perkataan lain ke selain huh. Dan muka awak nampak comel bila awak buat macam tu."ujar Zafril.
"Awak ni bukan benda yang boleh buat main-main tau.Saya tak kenal siapa awak dan awak tak kenal siapa saya." ujar aku dengan nada yang marah. Mamat ni ingat kahwin ni sehari dua ke apa?
"Saya kenal awak. Nama awak Annur Sofia binti Bahar , anak ketua kampung dan anak tunggal.Sekolah awak sampai sekolah menengah dan awak ni pendiam."teliti Zafril beritahu maklumat tentang diri aku.
"Macam mana awak tahu?"soal aku.
"Kan saya dah cakap yang saya kenal awak tapi awak tu yang tak percayakan saya."
"Awak nak apa dari saya sebenarnya?"aku cuba untuk bertenang.
"Saya nak awak."pendek jawapan Zafril.
Aku terus toleh ke arah Zafril , terkejut bila dengar Zafril kata macam tu.
"Hahaha..Saya gurau la...Tapi saya nak awak jadi isteri saya dan ibu kepada anak saya."ujar Zafril lagi.
Aku hanya mampu diam. Hari ni memang lain dari yang lain.Hari yang buat aku rasa macam nak pengsan.
"Dah sampai. Saya harap awak sudi lagipun saya akan hantar rombongan hari sabtu ni."
Aku turun dari kereta tanpa mengucapkan terima kasih kepada Zafril. Aku berjalan untuk masuk kedalam bangunan apartment dan aku berhenti! Macam mana dia tahu aku tinggal dekat sini! Semua pasal aku dia tahu! Takkan muka handsome macam tu stalker aku kot!
Malam tu , aku solat istikharah. Aku keliru sangat sekarang ni..Zafril yang tiba-tiba muncul dan ajak aku untuk berkahwin dengan dia. Yang paling menakutkan aku , Zafril tahu semua tentang aku tapi tak semua. Rahsia aku masih selamat aku pegang. Tiada siapa yang tahu rahsia aku kecuali arwah kawan baik aku. Bila teringat peristiwa tu , air mata aku mengalir. Akhirnya aku tertidur di atas sejadah.
Keesokannya, sewaktu aku sedang sibuk bekerja aku dapat panggilan dari kampung. Takkanlah Zafril tu betul-betul buat tapi dia kata hari sabtu ni baru hari Rabu.
"Sofia, ada orang masuk meminang kamu. Ibu dan ayah setuju , ibu harap Sofia setuju...Ayah dah terima pinangan tu...Sofia kenal orangnya."kata-kata ibu masih lagi aku dengar walaupun sudah hampir 2jam berlalu. Hari ni Zafril tak datang mungkin Zafril yang masuk minang aku.Zafril memang gila.
Aku termenung melihat menu hadapan aku. Ada satu suara yang mengejutkan aku.
"Sofia , kau tak ada kerja ke selain termenung?"soal Ammar.
"Kau ni Ammar ,kalau satu hari tak tegur aku boleh tak? Kalau tegur cara baik tak apa ni tidak ,salam pun tak bagi main sergah je."aku terus bangun menuju ke dapur.
"Aku rasa tak tenang kalau sehari tak tegur kau."
Aku toleh kebelakang melihat Ammar."Kau cakap apa tadi?"
"Aku tak cakap apa-apa pun.Dah gi sambung buat kerja."balas Ammar.
"Aku tanya je."
"Hai awak. Awak sihat?" suara Zafril terlalu dekat dengan telinga aku membuat aku terkejut lalu aku menyiku muka Zafril.
"Ya Allah sakitnya. Tajam siku awak kan ,nasib baik kene muka tak kene mata kalau kene mata boleh buta."ujar Zafril sambil mengosok bahgian muka yang terkene siku aku.
"Siapa suruh buat saya terkejut." jawab aku malas.
"Berapa hari lagi nak sampai hari Sabtu. Saya harap mak ayah awak terima saya sebagai menantu." kata-kata Zafril buat aku makin terkejut..Zafril ni memang selalu buat aku terkejut bila dengar setiap perkataan yang keluar dari mulut dia.
"Bukan semalam awak dah hantar rombongan meminang ke?"soal aku.
"Tak la..Jangan cakap ada orang yang masuk minang awak?"reaksi wajah Zafril berubah tak seperti selalu.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Siapa orang tu?"soal Zafril lagi.
"Saya pun tak tahu siapa orang tu."
Zafril keluar dari kafe dengan perasaan yang marah , dari reaksi wajah Zafril jelas ternyata Zafril sedang marah.
Keesokannya, Ammar datang kerja dengan muka yang bengkak dan lebam tapi tidak terlalu teruk.
"Ammar ,kenapa muka kau? Kau gaduh dengan siapa? Meh sini aku tengok..Kau dah pergi klinik ke? "bertalu-talu soalan aku ajukan pada Ammar tapi Ammar masih membisu.
"Aku perhatikan kau sejak akhir-akhir ni selalu sangat bad mood , kau ada masalah ke?"soalan aku masih lagi tidak berbalas.Bila aku pandang Ammar , pandangan mata Ammar membuatkan aku berdebar-debar.
Aku sambung semula kerja aku.Kenapa Ammar pandang aku macam tu.
Tengah hari tu, Zafril datang ke kafe. Muka Zafril sama seperti Ammar .Lebam.Bengkak.
"Awak kenapa dengan muka awak?Awak gaduh ke?" soal aku.
Tapi Zafril sama seperti Ammar hanya berdiam diri. Aku geram dengan sifat 2orang lelaki ni. Orang tanya bukan nak jawab tapi dia je. Aku terus pergi sambung kerja tapi hati aku rasa tak tenang bila tengok Zafril macam tu. Takkan cinta? Merepek! Rasa cinta aku dah lama mati!
Aku tengok Zafril dan Ammar merenung satu sama lain.Renungan dorang memang menakutkan macam nak terkam orang je. Nasib baik Alya cuti balik kampung , kalau tidak mesti sibuk tanya aku macam-macam.
Malam tu , aku rasa bosan sangat. Aku ambil keputusan untuk keluar jalan-jalan lagipun aku jarang keluar malam.Aku duduk di kedai makan. Mata aku tertumpu pada 2orang lelaki yang sangat aku kenal.Ammar.Zafril. Mereka seperti sedang berbual sesuatu yang serius tapi aku tak dapat dengar kerana jarak meja yang agak jauh. Tiba-tiba Zafril bangun dan menumbuk muka Ammar. Aku terkejut melihat kejadian itu. Mula la mereka berdua tumbuk-menumbuk. Aku datang menghampiri mereka ,jelas mereka berdua terkejut melihat aku.
"Kenapa dengan korang ni?!Apa masalah korang sampai nak bertumbuk macam ni?!"marah aku pada mereka berdua.
Orang disekeliling aku dah tak pedulikan.
"Masalah aku , kau sofia! Kenapa kau tak pernah nampak aku?Aku dah lama suka kan kau tapi kau tak pernah nampak."kata Ammar.
Aku terdiam. Tak sangka Ammar ada pendam perasaan pada aku. Ammar selalu bersikap dingin dengan aku dan Ammar selalu marah aku.
"Aku akan pasti kan Sofia takkan kahwin dengan kau! Tu janji aku."ujar Zafril lalu membawa aku pergi dari situ tapi Ammar menarik tangan aku.
"Biar Sofia balik dengan aku."kata Ammar perlahan.
"Sofia kene balik dengan aku. Aku takkan biarkan Sofia balik dengan kau."balas Zafril .Genggaman tangan Zafril semakin kuat mencengkam lengan aku.
"Biar Sofia yang tentukan nak balik dengan siapa."Ammar bagi cadangan.
Aku diam seketika dan berkata "Saya balik dengan Ammar."
Zafril melepaskan genggam tangannya dan renungan mata Zafril buat aku tersentak. Renungan yang tajam dan sebalik renungan tu aku nampak ada kesedihan yang buat aku rasa sakit.Zafril terus pergi dari situ.
Semasa dalam perjalanan , aku tak tahu Ammar bawa aku kemana. Ammar menghentikan kereta di bukit ,aku keluar dan melihat pemandangan malam yang cantik. Subahanallah ,indahnya ciptaan Allah. Ammar berdiri disebelah aku.
"Jadi awak la yang hantar rombongan tu ke rumah saya?"kata ku perlahan.
"Ye ,aku yang hantar rombongan tu."
"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak suka saya? "soal aku inginkan kepastian.
"Aku...aku takut kau pergi dari aku macam dulu..."kata Ammar tanpa pandang ke arah aku.
"Macam dulu?Maksud awak?" makin pelik bila aku dengar Ammar kata macam tu.
"Mesti kemalangan tu buat kau lupa tentang aku kan?"
"Boleh tak awak jangan main teka-teki.Bagi tahu jelah hal sebenar!"aku mula hilang sabar.
"Aku Ammar ,kawan kau dulu! Aku minta maaf sebab dulu aku buat kau macam tu, aku tak boleh nk fikir masa tu yang aku tahu aku tak nak orang lain dapat kau! Tapi sebabkan tindakan bodoh aku ,kita hilang Damia! Aku minta maaf." Ammar pandang aku dengan mata yang sudah berair.
Tiba-tiba aku terbayang peristiwa yang aku lupa.
5tahun lepas...
"Ammar apa kau buat ni?!Lepaskan aku!"aku meronta-ronta meminta tolong tapi tiada siapa yang dengar.
Petang tu patutnya aku, Damia dan Ammar jumpa di tepi sungai. Tapi Faiz turut serta. Aku tahu Ammar bermusuh dengan Faiz tapi kenapa Faiz datang sini?
"Sofia , aku suka kan kau. Sudi tak awak jadi girlfriend saya?"kata Faiz.
"Aku dah cakap dekat kau, Sofia aku punya! Kau blah sebelum aku belasah kau."marah Ammar.
"Ammar , janganlah emo sangat. Sofia belum tentu lagi nak kau."sinis Faiz.
Ammar menumbuk muka Faiz sehingga Faiz terjatuh. Faiz bangun semula dan membalas tumbukan Ammar. Aku tarik tangan Ammar untuk leraikan pergaduhan antara mereka. Faiz sudah terjatuh. Damia pula masih tidak sampai lagi. Ammar membawa aku kedalam hutan. Ammar tolak aku hingga terjatuh. Ammar mendekati aku. Ni bukan Ammar yang aku kenal.
"Ammar apa kau buat ni?!Lepaskan aku!" aku meronta-ronta meminta tolong tapi tiada guna. Aku sudah menangis.
Tiba-tiba Ammar rebah atas aku. Aku terus tolak Ammar ke tepi. Damia yang berada di hadapan aku sedang memegang sebatang kayu. Wajah Damia jelas nampak Damia sedang marah.
"Sofia ,kau ok tak?"soal Damia.
"Aku okey tapi macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"soal aku kembali.
"Aku nampak Faiz , Faiz bagitahu aku Ammar bawa kau masuk hutan ,aku risau tu aku datang. Nasib baik aku datang awal ,kalau tak apa yang Ammar buat dekat kau..Sanggup Ammar buat macam ni dia kawan baik kita tapi aku tak sangka dia macam ni. Jom kita pergi biarkan Ammar kat sini. Kene makan dengan harimau lagi bagus dari pada terus hidup." suara Damia bergetar-getar menahan marah.
Damia membonceng aku menaiki basikalnya.Tiba-tiba aku terdengar suara Ammar dari jauh.
"Sofia , aku minta maaf. Aku tahu aku salah!"jerit Ammar.
Aku toleh kebelakang dan melihat Ammar sedang laju mengayuh basikal mengejar aku dan Damia. Aku menjadi takut bila teringat peristiwa tadi..
"Damia, Ammar kejar!Bawa laju lagi Damia!"kata aku kepada Damia dengan cemas.
Damia toleh ke belakang lalu mengayuh basikal dengan laju. Ketika lalu disimpang tiga ,ada sebuah kereta yang lalu dan ...
BAMM!!!
Yang aku ingat aku ada sebelah Damia. Damia berlumuran darah. Damia memandang aku lalu senyum. Kata-kata terakhir Damia ialah "Jaga diri Sofia..Aku dah tak boleh nak ja...jaga kau..."itulah kali terakhir aku melihat Damia. Aku koma selama sebulan dan aku mengidap amnesia.
Sekarang..
"Kau punca Damia mati!!Aku benci kau!"air mata aku mengalir tanpa aku sedar.
Peristiwa hitam tu aku jadi pendiam.
"Aku minta maaf..Aku tahu aku salah. Aku nak tebus kesalahan aku dengan buat kau bahagia."Ammar cuba mendekati aku tapi aku melangkah kebelakang..
"Kau jangan dekat!"aku jerit bagaikan orang yang tak waras. Wajah Damia muncul setelah sekian lama.
"Damia anggap kau kawan dia tapi kau bunuh dia. Kalau kau tak kejar kami masa tu semua ni takkan jadi." air mata yang mengalir sudah tak dapat untuk dihentikan.
Hujan mula turun dengan lebat sekali. Damia kawan terbaik yang pernah aku ada.
"Kau nak tahu sesuatu tak Ammar?"Ammar pandang aku.
"Dulu aku suka kan kau.Waktu kau tolong aku dari kene buli ,sejak tu aku dah mula suka kan kau..."aku menarik nafas panjang sebelum menyambung semula. "Tapi kau buat rasa sayang ni hilang , kalau kau tak buat benda bodoh tu aku takkan benci kau macam sekarang!" jerit aku lagi.
Aku nampak Ammar terkejut dengar penjelasan aku. Disebalik hujan yang lebat aku nampak ada sebuah kereta berhenti berhampiran dengan kereta Ammar. Zafril dan Damia!!
Bersambung.....
Ni my first story dekat blog...
Selamat membaca..
P/S: Susah nak siapkan cerita banyak budak kecik yang rajin mengacau..
If u don't mind would u share wth us your pic before n after u consume k colly..
ReplyDelete